Soal Jawab Puasa

Salam 2 Ramadhan.

Alhamdulillah, semalam dah berjaya lalui 1 Ramadhan. Hari pertama berbuka sorang-sorang. Mujurlah ada Raniaku sayang. Peneman berbuka. Cik abe kerja shift malam kemarin. Huhuhu.  Sama juga malam nie pon. Masih berbuka sorang-sorang.

Okay. Tak yah nak emo sangat pepagi hari ni haa. Meh Ciksu kongsikan soal jawab puasa. Ambil tahu supaya tidak terlepas pandang.

Jom semak:

1. 🔴Terjeluak Ketika Berus Gigi Ketika Berpuasa

🔵Tak batal puasa, yg batal usaha supaya terjeluak bukan dgn gosok gigi tapi dgn cara kebiasaan dibuat org supaya muntah.

2. 🔴Qiamullail untuk perempuan haid, supaya xnak terlepas Lailatul Qadar?

🔵Boleh berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.

3. 🔴Letak ubat mata (EYEMO) waktu puasa?

🔵Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian di telan..setakat pahit di tekak saja tidak membatalkan.

4. 🔴Keluar banyak darah ketika berpuasa - cedera?

🔵Tak batal keluar darah luka, melainkan darah haidh dan nifas.

5. 🔴Kalau pakai lipstick batal puasa tak?

🔵Tak batal, kecuali telan lipstick baru batal puasa.

6. 🔴Bekam batal puasa tak ? derma darah ?

🔵Dua2 tak membatalkan puasa, tapi makruh sahaja, jika menyebabkan badan jd lemah.

7. 🔴Hukum telan air liur dan hingus waktu puasa?

🔵Tak batal puasa telan air liur dan hingus yg dah ada dalam mulut.
Batal puasa bila keluarkan air liur dan hingus dari mulut kemudian telan balik.

8. 🔴Batal tak telan air liur basi dgn sengaja di siang hari?

🔵Batal telan yang basi, yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.

9. 🔴Pakai ubat ulser masa berpuasa?

🔵Tertelan tak batal, sengaja telan membatalkan puasa.

10. 🔴1. Korek Hidung Ketika Berpuasa?
2. Hidu Minyak Cap Kapak Ketika Berpuasa?

🔵1. Tak batal puasa
2. Tak batal puasa

11. 🔴Kempen Makanan Di Bulan Puasa?

🔵Makruh kempen makan sedap2 dan lazat dibulan puasa.

12. 🔴Pakai Gigi Palsu Ketika Berpuasa?

🔵Tak batal, melainkan ditelan baru batal.

13. 🔴Terjun Dalam Air Ketika Berpuasa?

🔵Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yg terbuka. Sekadar masuk dalam telinga mulut atau hidung yg bukan batin tidak membatalkan puasa.

14. 🔴Gosok Gigi Ketika Berpuasa?

🔵Makruh menurut pendapat yg muktamad selepas waktu zohor dan harus sampai bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.

15. 🔴Makan Pil Penahan Haid di bulan puasa.

🔵Makruh

16. 🔴Berbuka Puasa Dengan Kekasih (makwe/pakwe)?

🔵Sah, tapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat dan berbual.

17. 🔴Mandi Ketika Berpuasa?

🔵Harus dan jika berlebihan mandi jadi makruh.

18. 🔴Suami Isteri Bermanja Ketka Berpuasa?

🔵Nabi saw harus, manakala kita makruh...kalau menyebabkan keluar mani jadi haram.

19. 🔴Telan Kahak

🔵 Kahak yg keluar dari dalam dada sampai ke mulut kemudian telan balik maka batal puasa. Tak batal telan kahak yg dah ada dlm mulut.

20. 🔴Puasa Dalam Keadaan Tak Mandi Wajib?

🔵Sah puasa dalam keadaan junub.

21. 🔴Berpuasa Tapi Dedah Aurat?

🔵Sah puasa, tapi dosa dapat sebab buat maksiat.

22. 🔴Pakai Contact Lens & Suntikan

🔵Tak batal puasa pakai contact lens. Suntikan yg mengeyangkan pesakit membatalkan puasa.

23. 🔴Telan hingus yang turun ke mulut batal puasa tak?

🔵Batal

24. 🔴Hukum cabut gigi masa puasa

🔵Batal jika telan gigi tu.

25. 🔴Hukum tayang gambar makanan depan orang berpuasa

🔵Makruh

26. 🔴Pakai inhaler athma masa puasa, batal tak?

🔵Batal jika yg disedut itu ialah ain atau jirim, kalau bau sahaja yg masuk melepasi kerongkong tidak batal.

27. 🔴Adakah batal puasa bagi orang yang mencuci darah (dialisis) pada bulan ramadhan?

🔵Tak batal

28. 🔴Termakan masa puasa, batal puasa tak?

🔵Tak batal, jika tak sengaja.

29. 🔴Tengok aurat bukan mahram, pahala puasa kurang tak?

🔵Ya, kurang pahala.

30. 🔴Puasa tapi tak solat?

🔵Sah, tapi tak dapat pahala puasa.

31. 🔴Hukum banyak tidur masa puasa?

🔵Makruh banyak tidur

32. 🔴Hukum berkumur masa puasa?

🔵Sunat berkumur ketika mengambil wuduk dan selepas bersahur.

33. 🔴Hukum sahur awal (malam sebelumnya)?

🔵Harus cuma afdhal lewatkan sahur.

34. 🔴Niat dalam hati nak puasa esok, tapi lupa lafaz niat.

🔵Sah

35. 🔴Lelaki keluar mazi masa mesej2 dengan awek ketika puasa. Sah tak puasa?

🔵Keluar air mazi tidak membatalkan puasa, tapi kurang pahala puasa kerana sengaja buat perkara yg disukai nafsu.

36. 🔴Wanita keluar darah sedikit beberapa minit dari faraj, adakah boleh puasa?

🔵Bukan haidh..ianya istihadah yg tak menghalang ibadah puasa.

37. 🔴Tertelan Ketulan Air Liur Adakah Membatalkan Puasa?

🔵Tak batal telan air liur yg ada dalam mulut.

38. 🔴Hukum Memasukkan Air ke Dalam Badan Ketika Puasa?

🔵Kalau masuk melalui ronga terbuka, batal puasa.

39. 🔴Sah Ke Puasa Kalau Mandi Wajib Selepas Subuh?

🔵Sah kerana tidak disyariatkan suci dari hadas janabah bagi orang yang nak berpuasa.

40. 🔴Batal Tak Puasa Kalau Doktor Buat Injection?

🔵Tak batal

41. 🔴Hukum Korek Hidung dan Telinga di Bulan Puasa

🔵Tak batal, yg batal korek sampai ke tulang hidung atau sampai melepasi gegendang telinga.

42. 🔴Adakah Batal Puasa Bila Mimpi Basah?

🔵Tak batal, hanya wajib mandi.

43. 🔴Hukum Muntah Di Siang Hari ketika berpuasa?

🔵Sengaja muntah membatalkan puasa, berdasarkan hadis, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang muntah tanpa disengaja ketika sedang berpuasa, maka ia tidak berkewajiban untuk mengqadha`, dan apabila ia sengaja untuk muntah maka hendaknya ia mengqadha`." (HR Abu Daud)

44. 🔴Hukum Tolong Masak Untuk Suami Yang Tak Puasa Ketika Bulan Puasa?

🔵Tak boleh bertolongan dalam perkara dosa sekalipun disuruh oleh suami.

45. 🔴Masa puasa boleh tak pakai earphone yang masuk ke dalam telinga tu (yang masuk dalam lubang sikit)?

🔵Sah puasanya.

Copypaste whatsapp Ustaz Shamsul Bahrin


Laju2 beli sebab misi kita nak cantik letop2 dihari raya nanti. Harga pon letop-letop ni haaa. Ada free gift untuk setiap pembelian produk seqybeauty sempena special raya promotion nie 😍😍😍

#pakaiseminitcantikselamanya #Produkseqybeauty #ejensurania #teammekchu #seqybeautyterengganu


Pasal susu kering selepas makan #maajun?
Mana ade makan maajun susu kering. kandungan maajun ada habatussauda & madu. Salah satu makanan penggalak susu. Paling penting habatussauda dan madu juga makanan sunnah 


#codjertehkualabesut #maajunanggunbistari #isterianggunsuamiterpegun

Wasap Ciksu
0193080215 

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Soal Jawab Puasa"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF