Pati Delima bagus untuk yang ingin hamil & hamil..

Saya mula amalkan minum pati delima gulsan ni masa saya demam seminggu bulan 1/2014 hari tu.. itupon selepas dapat komen dari kak faizanbatrisya pasai pati delima gulsan.. 


Apa lagi terus goggle carik info pasai pati delima gulsan.. banyak khasiatnya.. 
terus ajak cik abe carik.. maklum le saya tak nak amik ubat klinik..
tak nak bergantung dengan ubat ubatan sangat.. tak baik untuk kesihatan kan.. 

pati delima gulsan


rasanya masam2 manis..

kalau uols boleh minum terus ok je..
amik setiap pagi sebelum sarapan & sebelum masuk tidur





Macam saya, saya amik 2 sudu kecil kemdian bancuh dengan air.. pastu terus minum.. masa awal2 tu saya terus je minum satu sudu besar (guna sudu plastik)

berkerut2 la jugak.. terpulang pada uols k.. mana2 pon boleh je.. haa, jangan tak tahu Damia anak Tok Hasrul pon minum Pati Delima ni.. relax je Mia minum :’)


Alhamdulillah KESAN SELEPAS amalkan Pati Delima Gulsan ni.. sakit tekak pon kurang, batuk pon kurang.. syukur sangat :) paling best dapat hilangkan pening2 lalat masa tu.. sampai sekarang saya masih amalkan minum pati delima gulsan ni.. cik abe pon minum jugak =_=



Pati Delima Gulsan ni bagus diamalkan oleh sesiapa sahaja.. termasuk ibu hamil & golongan yang berusaha untuk hamil.. Pati Delima Gulsan ni pekat & amat sesuai untuk ibu hamil.. terdapat banyak khasiat untuk ibu hamil & anak dalam kandungan.. boleh baca pengalaman Azie di SINI CikAwiens.



Antara khasiat pengamalan pati delima gulsan ni ialah:-




SUMBER


  • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
    • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
    • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
    • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • MELINDUNGI OTAK BAYI
    • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
  • LAGI KHASIAT DELIMA :-
    • Melawan penyakit gaut
    • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
    • Merawat 'sinus'
    • Meningkatkan tenaga
    • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
    • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
    • Menormalkan fungsi hati
    • Menstabilkan peredarah darah
    • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
    • Mencuci darah kotor

Nak lagi info pasai pati delima gulsan ni boleh baca SINI





UPDATE : 12/2/2015

ACTUALLY MASA SAYA MINUM PATI DELIMA NI, KANDUNGAN SAYA BARU NAK MASUK 3 BULAN. 

ALHAMDULILLAH, SELEPAS AMALKAN PATI DELIMA SEMASA DEMAM SEMINGGU TU, HINGGA SAAT BERSALIN (10/8/2014) KESIHATAN SAYA AMAT MEMUASKAN. MAKNANYA, SELEPAS DEMAM SEMINGGU SIAP PAKEJ MUNTAH, PENING-PENING LALAT, SAKIT TEKAK, BATUK & SELSEMA TU SAYA SENTIASA BERTENAGA DAN TIADA MORNING SICKNESS LAGI SAMPAI SAAT BERSALIN. SELERA MAKAN PON ALHAMDULILLAH. OK SESAJE :) 


PATI DELIMA MEMANG BAGUS DIAMALKAN SEBAGAI MINUMAN HARIAN.. 


TAK BOLEH MINUM SESUDU, CUBA KREATIFKAN..
CAMPUR DENGAN AIR SUAM + MADU.. IN SHAA ALLAH PASTI JATUH CHENTA LEPAS TU.. 


Previous
Next Post »
39 Komentar untuk "Pati Delima bagus untuk yang ingin hamil & hamil.."

assalamualaikum
singgah pagi
sory sangat2 bz x sempat nak singgah lama2
anyway jemput datang open house anum ya

memang pernah terdengar orang kata pati delima gulsan ni memang bagus...

memang bagus untuk mereka yang sedang hamil

Thanks for sharing sue. Boleh hilangkan sakit tekak juga yerp. Bley try nih.

banyak keistimewaan die kan... hehehe... saya da sebotol da guna... dulu ade jugak sebotol tapi da lama la..

memang duk amalkan..tp x istiqmah la sy nie.bertukar2..je.

Kakak yg anak dan besar-besar pun sampai sekarang masih consume gulsan ini CikSu. Tapi anak-anak kakak kurang suka dia kata masam. Kakak dah biasa ok aje. Beli dulu dari harga mula keluar RM30/sebotol sampai sekarang ni RM30/2 botol akak masih minum...

Husna pun pernah minum pati delima ni sebelum dan semasa pregnant..tapi x berapa nak lalu la sebab dia masam..selalu je skip minum pati tu..beli sebotol je x pernah abis..masa pregnant husna juz amalkan makan kismis..tu je yg selera hehe... Husna doakan kandungan ciksue sihat2 je yer dan membesar dgn baik :)

saya memang suka ambil pati delima ni.berkhasiat.rasanya pun masam2 manis.murah pulak tu.:-)

kakak saya dan mak saya amalkan pati delima gulsan ni dari tahun lepas..
selalu beli, dapat murah..

malu iolls...anak sy Najla mmg suka sgt pati delima ni..rasanya dr thn lepas umur baru 1thn dia mmg nak minum hari2...tak minum air pun lepas tu, rilek jek. kalau kakak2 dia selsema sakit tekak baru cari ni.

kite time pregnant dulu mmg xpenah stop minum..berganti2 botol..even skang nie pun still munim lg..hehe

penah try rsa dia masam2 manis kan..tpi lani dh tak amek kemlasan berganda huhuhu ;p

byk jugak ye kebaikan minum pati delima gulsan.. untuk kanak dan juga org dewasa..

DULU PERNAH MINUM PATI DELIMA TPI BRAND LAIN LEPAS TU EBERENTI

Ada sebotol kat rumah kawan bagi tak buka lagi. Baca entry ni baru ingat, hihi..

Jus delima ni memang banyak khasiat kan sis.. utk tambah HB dlm darah pun bagus.. cuma tu lah sini susah nak jumpa.. huhu

Ha.. memang banyak kebaikan pati delima ni rupanya. Dah lepas puasa ni akak xdapat pula nak disiplinkan diri macam hari tu, minum 2 kali sehari. Ada saja yg buat jadi lupa. Kena bertekad nampaknya..

kawan saya pun cakap pati delima ni elok sangat

Salam kenal.. jus pati delima memang banyak khasiatnya.. farah pernah try pati delima giffarine.. yg gulsan tak pernah try lagi.. tapi ramai kata bangus..nak kena try nie... =D

salam kak :)
isma pun makan juga pati delima ni
tapi tu la, x istiqomah
hihi..
siap beli extra bagi ibu makan...
elok untuk wanita kan :)

Ok nanti nak try Pati Delima Gulsan plak..

Lagipun delima memang banyak khasiat kan :D

yup memang pun. saya pun amalkan pati delima ni dulu. skang je macam malas sikit hikhikhik :p

banyak kebaikan minum pati delima ni kan..nak2 utk ibu hamil.. jijah pon amalkan dulu

memang best pati delima ni. kalau rasa nak demam dan bersin sikit, terus Ros makan.. bagus untuk antibodi..

Alhamdulillah..mmg sedap wlaupun msam..

Salam.saya hamil 4bln anakke3, aritu ambil darah kat jari bacaan 11.5. so kalo nak ambik pati delima ni 2 sudu besar seharikan..

Mane bole dpt pati delima gulsan ni yek? Harap dpt share dgn sy. Tk

Ms mula pregnant doktor scan ckp sy ada cyst. Agak besar gak. Hmpir 5 cm. Sy bc dlm blog ada seorang puan ni amalkn pati delima + minyak zaitun setiap hr 30 minit sblm bfast. Sy pn cuba. Alhamdulillah pas 3 minggu g checkup blk kt pakar doktor ckp xjmp pn cyst tu. Lega rs alhamdulillah

Kalau baby baru 3 bulan bole cuba minum pati delima tak? Sy nak belikn utk isteri sy

Kt kdai Mahnaz,shah alam..berdekatan ngan kolej vokasional shah alam...

Saya pon baru consume dgn jus delima gulsan ni. Cuma tak istiqamah je. Dah setahun berkahwin. Menantikan zuriat. ☺

sy pun minum pati delima jenis nie juga...ikhtiar utk mengandung... Alhamdulillah..akhirnya lekat juga..dh ngandung xlalu lak nk minum... campur ngn madu lg sedap...

Sy pun da 2 botol minum pati delima gulsan ni. Baru je 2 bulan kahwin. Ikhtiar untuk hamil. Moga2 dapat rezeki cepat. Doakan ya. :)

Pati delima gulsan murah
Rm15 sebotol
Cod kl/shah alam/sepang
Call saya 0174600076

Saya menjual pati gulsan
rm13.50 sebotol
rm65 untuk 5 botol
rm125 untuk 10 botol
COD sekitar putrajaya

Hubungi reen 019-5498859

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF