Masak Lemak Rebung Dengan Udang

"Melentur buluh biar lah dari rebungnya"...

Peribahasa yang kita sering dengar apabila dikaitkan dengan  rebung buluh. sememangnya peribahasa itu sangat memberi makna yang besar dalam mendidik anak supaya menjadi manusia yang berguna, kan!

Tapi entry ni bukan lah berkaitan anak @ Rania pon. hiks. memang berkaitan rebung. ahahaha..

Korang suka makan rebung tak ??? kalau suka selalu buat masak ape ???

Kebetulan masa balik kampung ambil hp ari tu, mak ade bekalkan rebung untuk dibawa balik. rebung ni ambil depan rumah jek. maklum lah sekarang ni musim hujan. makin galak lah rebung ni menonjolkan diri memasing. mak bagi sepucuk tapi kemain banyak. mak dah siap buang kelopaknya dan disagat nipis2. balik rumah just rebus sajok..

dah balik kl, buat itu ini, terlupa nak rebus rebung tu.. huhuhu. bila nak makan baru hegeh2 nak rebus bagai. pastu mula lah gelabah, kenapa tak jadi kuning macam mak selalu buat. aiyokkk tak tahu !!!

Bila call tanya mak, mak kata, dah biar lama dalam peti ais. selalunya lepas mak ambil rebung, mak akan siang, pastu cuci2, then terus rebus. tak de nak simpan lelama dalam peti ais tu. hohohoo. mungkin di situ silapnya lah, kan !! tak pe lah, walaupon rebung ku tak jadi kuning macam yang mak buat, jadi putih jek, tapi tetap sedappppppp dibuat masak lemak rebung campur udang.. perghhhh sedap hingga menjilat jari oke (",)

menu simple jumaat lepas..

rebus rebung dengan air.. dah mendidih, tukar air baru.. rebus lagi.. dah mendidih tukar air baru.. rebus lagi.. yang last ni letak sikit gula.. rebus sampai air kering. toskan..

Rebung yang siap direbus ni, boleh dibuat masak lemak, pajeri atau cicah dengan cabai tumbuk pon sedap :')

untuk masak lemak style ku.. tak letak cili padi sebab nak share dengan Rania ku sayang. cabi tumbuk dah ade.. so, tak yah pedas pedas sangat lah..

tumbuk bawang merah, kunyit hidup
didihkan dengan air, serai di titik
masuk santan, asam keping, garam. kacau sampai mendidih, baru
masuk rebung yang direbus
masuk udang
kacau2,

siap...









Labuan, Kuching, Kuantan dan Gong Kedak. Mana best ????

Huahuahua..

Korang, ciksu nak tanya ni.. kalau lah korang diberi pilihan untuk menetap di antara keempat2 tempat yang ciksu senaraikan di atas, mana pilihan korang ??

Kalau Labuan apa yang best ye ? macam Kuching banyak juge tempat best, kan ! tapi kan antara kedua2 tempat ni, kalau diberi pilihan ciksu tak nak lah ke sana. huhuhu. walaupon dapat berjalan jauh dan dapat tengok tempat orang, memandangkan usia mak ayah makin meningkat saya makin takut nak pergi jauh2. entah lah.. macam2 yang saya pikirkan.

Kalau Kuantan dan Gong Kedak saya lagi suka Gong Kedak sebab Terengganu banyak tempat menarik dan pelbagai makanan di sana. apa yang best dapat tengok laut. saya suka laut. hihihi. lagipon kalau kena duduk Terengganu, rasanya tak de masalah sangat, kalau nak ulang balik kampung, kan !!!

Lagi satu bukan setakat nak tau best atau tak sesuatu tempat di atas, kalau boleh, nak tahu juge kemudahan di hospital yang disediakan di sana oke ke tak ? means hospital kerajaan lah. ini perkara penting, senang nanti kalau sakit demam, kan !

So, antara geng2 blogger yang ade duduk di antara ke empat2 tempat di atas. sila komen sikit..

Sekian. Terima kasih untuk laporan hari ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...